Sunday, August 23, 2015

UniSZA

Hai and Assalamualaikkum.

Sijil Pelajaran Malaysia. Rindu semua kenangan yang ada. Well said sekolah adalah tempat yang paling paling paling seronok akan kau lalui. Even dapat result cukup cukup makan je nyawa nyawa ikan je tapi dapat la pergi unisza. Universiti Sultan Zainal Abidin. Universiti baru yang masih mencari bakat bakat baru :D


"eleh unisza je pun" "eleh tak mohon pun dapat tu" eleh sana eleh sini. hek eleh kau ni tak dapat masuk u letttuwwwwwwwWWwwWW hahahahahahahahaha

Unisza. Okay mcm semua kawan kawan aku tu, semua nk pergi um, ukm and what so ever tu la kan tp aku je pelik nk pergi uia usim unisza jeee. Yela sebab aku fikir aku pun patut berubah jadi baik kan. Hahahaha

Aku bukan nak promote unisza ni tapi betul. Majoriti student pakai tudung, lelaki masuk unisza in sya allah terjaga mata baru hati tu putih hahaha. First time aku datang pun aku mcm "wowww" sangat lain dengan dunia aku yg sbnrnya hahahahahaha aku nak cerita lah kan, yelah sepanjang duduk unisza ni dlm beberapa bulan ni, aku pernah pergi library and then guess what. Ada satu group ni may be tengah buat assigment group. So bila buat assigment group mesti kena bincangkan. Dorang bincang dkt library and then dorang discuss dkt meja. Mmg meja tu besar, meja library unisza tu haaa, besar lah. tp dorang bincang jauh gila. dah la meja tu besar, pastu kedudukan dorang tu mmg jauh dr meja tu, Pastu sederet laki sederet perempuan. Kau tau lah aku ni, orang yg tak pernah kesah pasal hal tu tetibe tgk bende gitu mcm woww. Banyak jahil dari betulnya aku ni hmmmmm

Mungkin kau rasa tu biasa je. hahahaha tapi aku rasa kagum. Lagi satu kan aku ni join PSTD UniSZA. Dia mcm aku pkbm dulu lah, yelah, laki puang campur sembang gelak gelak. Pkbm semua baik tu kalau mintak tolong dorang rajin je tolong. hahaha tp tu la laki pkbm dorang nakal nakal dajjal sikit. hahahahaha well said mmg yg join pkbm ni laki yang gitu gitu. Aku first time join yang macam askar askar ni laki dia baik. Baik dia tu mcm okay selalu jaga ikhtilat. Jaga semua tu lah ish kau tak faham keeee. Aku taktau nk terang gane hahahahahahaahahahaha

Environment unisza ni membawa aura positif. cewwah kau hahahaha kalau orang couple dating, boleh kira dengan jari. Macam kalau kau duk berdua gitu, mesti semua orang lalu pandang kau. Yelah memang lah sekali pandang kau lek je kan, dah kalau kau dating tu dekat cafe habis semua student lalu pandang kau pelik pastu kau sorang yang duk berdua gitu mesti rasa jugak kan sikit hahah tu pun kalau kau jenis firaun sikit hahahaahahahaha sampai aku pernah rasa apesal macam aku sorang je yang jahat dekat sini hmmmm hahahahahahaha

Tapi tak semua baik. well mesti ada sorang dua yang gitu gitu. Tapi in sya Allah lama lama kau duk Unisza kau akan ikut kawan kau yang baik tu. Kawan pun bawak kita pergi syurga. Slow slow apa apa hal pun, okay dah ngantuk

Tidur.
Assalamualaikkum.

Sunday, March 17, 2013

Cinta? Wahhh

Assalamualaikkum and Hi :D

Fuhh, lama gilaa tak uptade. baru dpt hidayah nak uptade blog ni. hahaha :D Last entry aku masa amek result, hmm selepas amek result aku meneruskan hidup dgn baik. Apa ni? adoii, kenapa skema sgtt ni. hahahahaha :D Sekarang ni tgh malam. besok hari isnin. Aku malas gila rasa nak siapkan hw. Gosok baju. malas nak tidur. malas nk kemas bilik yg macam tempat pembuangan sampah. hahaha, ayat hiperbola beb! ade bilik macam tempat pembuangan sampah. ni tipu k. hahaha

Sebenarnya aku takde cerita yg disharekan sebb aku takde cerita. jadi tolonglah faham. haha :) Aku tau aku melalut sekarang ni. Okay laa, mari kita sembang pasal cinta. Wahhh, bahagia aje sebut pasal cinta. hihi sape laa tak bahagia kalau ade orang sayang kan. Tapi careful, cinta jugak bawak padah tau. kalau korang bercinta mesti happy kan. Si dia selalu ajak keluar, txt selalu, call selalu. bagi tu ni ni tu. Perfect je kan. hahaha. Pernah tak sejak dua menjak ni, tiba tiba si dia pelik. Yelaa pelik. tiba tiba dia buat bende yg dia tak pernah buat. Itu mungkin disebabkan ajal atau mungkin dia dah tak sayang kita. Hmmmmmm :)

Bagi aku, cinta ni sesuatu yg sgt sgt sgt sgt membahagiakan. Dan nk bercinta bg aku kena ade perasaan sayang. Tp aku pelik laa, setengah org couple sekejab je, lepastu clash then couple dgn org lain. Cepatnyaa berubah arah. Hmm, mungkin setengah org lain dan aku jugak lain. Okay laa. setiap orang lain lain kan.


Bagi aku jugak,  Bercinta sebelum kawen ni bende yg takberapa baik. banyak keburukan dr kebaikan. Bende macam ni mendekatkan diri kita kearah zina. Wahhh, bende mcm ni tak elok yee tuan tuan puan puan. hahaha Kalau bercinta sakan pun, kawen ke akhirnya? Mungkin yee. tp kebanyakkannye tidk.  Hmm, mungkin jodoh org cara dia lain lain. Tapi couple ni jadikan kita matang kan? hahaha, bg aku mcm tuu laa sbb aku pun pernah couple ni. bagi aku lagi, couple ni memerlukan komitmen yg besar. Dgn nk jaga hati perasan si dia, dgn nk ingt special day lagi. dgn nk layan txt lg. habis duit semua. Hmm, kalau clash sama jugak. kalau yg berkawan tuu, terus takleh kawan dah. 

Bagi aku jugak, kalau kita sayang seseorang tuu, kita mintak selalu Allah doakan dia. Jaga dia untuk kita. Kalau betul dia untuk kita mintak Allah dekatkan hati kita dgn hati dia. kalau bukan kita kena redha. Mungkin setengah lelaki ckp, kena ckp teruskan takot kena sambar org. hahahaha, tapi bg aku kalau jodoh tak kemana. Then, bila rasa dah boleh tanggung anak org, datang meminang. kahwin. terima pasangan seadaanya. Mencintai si dia dgn sepenuh hati. hargai dia. kalau ade seseorang sayang aku mcm ni, aku sangat sangat laa terharuu. hahaha :) 

Aku ni suka baca novel kan so cepat terpengaruh novel novel ni. hahaha :D Macam novel Suami Aku Ustaz. seronok sangat baca, dalam novel tuu, suami dia ajak bangun malam, Qiam. Mengaji sama sama. Solat berjemaah. Wahh, beruntung dpt suami mcm nii. Sapa laa taknak. Aku nak! Aku nak! hahahaha :O Kadang kadang novel pun boleh mempengaruhi kita jadi seorang yg baik. Fuhh, rasa nak kawen jee. hahaha :D Novel Ayat Ayat cinta 


Wahhh, novell ni sgt sgt laaa seronokkk :D mungkin orang nak kata aku ni skema jee baca novel mcm ni. tapi aku mmg suka novel novel mcm ni. Baca laa yaa sekalian kaum hawa :D hahahahaha 
Bagi aku jugak, bercinta ni taksalah tp pandailah jaga batas batas. Jangan pegang pegang tangan, jangan berpelukan. Berdosa! ingt yee :D haahahah, Ya Allah, jangan laa baca entry nii. aku gatal gilaa ni. hahahaha :D tp takpe, ustaz aku ckp. kita kena ade niat nak kawen. sunnah nabi. Itu lebih baik. 

Girl, jadilah seorang perempuan didalam bekas kaca, yang sukar disentuh. hanya orang yang mampu sahaja mampu memiliknya. -syurga cinta

hahahaha, assalamualaikkum. Kbaii :D